Tuesday 10 July 2012

Atkins Diet

Okey..lama tak up any entri.
Hasil dari googlelan dan penyelidikan..cewah

Nak cerita panjang pasal Atkins Diet ni memang tak reti la sebab panjang berjela2.  Siapa-siapa yang berkeinginan nak tau lebih lanjut pasal diet ni sile lah rujuk ke blog ni Atkins Diet okeh.  Boleh jugak google. Pandai2 korang la kan.

Pendek cerita Atkins Diet ni kte kena diet karbohidrat.  Maknenye pengambilan karbohidrat per day korang kena sukat habis-habisan dalam tempoh tertentu.

Atkins Diet ni terbahagi kepada 4 peringkat:

1. Induction(permulaan dan pengenalan) = 2minggu atau lebih mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing weigt Loss = Penyusutan berat berterusan
3. Pre maintenance
4. Lifetime Maintenance

* Induction sekurang-kurangnya 2 minggu.  itu kalau setakat nak kurang 2-3kg boleh la.  Kalau banyak nak turun, lame la induction ok?  maknenye lebih lame induction, lebih bagus la resultnya

Apa yang berlaku masa induction?

Berlakunya proses KETOSIS.  Badan menukar daripada menggunakan karbohidrat sebagai tenaga kepada menggunakan lemak sebagai tenaga.  Waktu ni memang biasa kalau korang rasa lapar sebab ini adalah perubahan daripada pemakanan tak senonoh yang korang buat.  Tapi ingat, dalam Diet Atkins ni kalori tak dikire.  Jadi makanlah seekor ayam sehari pun kalau suka dan banyak duit..hehehehe

Dalam tempoh induction = 20 gram karbohidrat je dibenarkan dalam sehari.

Biasanya penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketika induction.  Lagi cantik kesannye bile dalam tempoh induction turut disertakan dengan exercise ringan.  Lagi la cepat proses pembakaran lemak tu kan.  kalau korang sekat makan je pastu baring 24jam sebab tak larat tak makan tak jadi jugak.  Jadi sakit ade lah..hehe

Dalam tempoh Induction :

1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksam, spaghetti, fettucini, vermicelli, kueytiaw, oat dan sejenis dgnnye.
2. Elakkan roti, roti berserat, roti bun, rotiboy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan sejenis dgnnye
3. Elakkan gula pasir, gula melaka, gula merah, madu dan apa2 yang bergula tinggi.
4. Elakkan buah-buahan
5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas
6. Elak snek twisties, biskus manis, popcorn, jeruk
7. Elak segala bentuk kacang
8. Elakkan makanan berproses spt kentang, bebola, sosej, nugget, daging bege
9. Elakkan makanan bertepung spt kek, biskut dan kuih muih.

*******************************************************************************

Boleh Makan:

1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, goreng tanpa tepung, maknenye ayam kfc tu pun boleh tp jgn makan tepung.
2.Semua jenis ikan - sama macam ayam tak kisah mcm mane pun korang nak masak
3. Semua jenis daging asalkan halal
4. Udang - Elakkan Sotong sebab ianya berkabohidrat tinggi
5. Sayur - biasanya yang kurang karbohidrat ni sayur kaler hijau. semangkuk je maksimum sehari
6. Cheese Slice - hadkan 2-3 keping sehari
7. Air kosong/mineral - lebih 8gelas sehari

Jangan lupa makan sarapan, tengah hari dan malam.  makan sebelum jam 9 malam.

JANGAN PONTENG MAKAN!!

Contoh menu breakfast
1) Telur rebus - 1biji 
2) Chicken slice - 2hingga3 keping
3) Air suam - 1hingga 2 gelas
4) Keju - 2 keping

Makan Tengah hari/malam

1) Ikan panggang - 1hingga2keping
2) Sup ayam - 1 mangkuk
3) Ayam goreng - 1hingga2ketul
4) Sayur hijau - 1mangkuk
5) Telur Goreng - 1hingga2biji

InsyaAllah try diet ni selama 2minggu, hasil yg mendadak akan kelihatan. cewah.

perhatian : diet ni dilarang keras utk orang yg mengandung dan jugak yang tengah menyusu anak sebab ape aje lah yg anak korang dapat nanti ye tak.  Sebab tujuan diet ni utk kuruskan korang, bukan kuruskan anak korang. okeh.

Okehla..
Banyak dari entri ni saye ambil dari blog yg saye bagi link kat atas.

Semuanya utk tujuan perkongsian.  

Untuk sape2 yg berminat utk cube diet ni cube la.  Sape yang teringin boleh pasang niat dlu.  ermm..saye pulak??hehe..masih dalam pertimbangan..mcm tak sanggup je nak lepaskan cik lasagna nyam nyam dgn segala adik beradik cheese..hehe..tapi tu la..haihhh..

okehla...



No comments:

Post a Comment

MEKASIH!! MAK APPRECIATE U'OLLS..