Thursday 21 June 2012

Tahukah Anda?#1

Tahukah Anda bahawa ada 3 jenis makanan/minuman yang kita boleh ambil ketika bersenam??

- Kismis
- Energy Bar
- Minuman Tenaga

Bersenam juga boleh mengurangkan nafsu makan.

Ermm..tapi kan kenapa sesetengah dari kite lepas senam je mesti nak singgah mamak..

Megi Goreng Mamak + Telur Mata satu!!!

pelik kan?sepatutnya bersenam boleh mengurangkan nafsu makan..maybe kita boleh praktikkan 3 yang dicadangkan di atas la kan.  Bukanlah nak suruh korang sume telan semangkuk kismis sambil2 bersenam.  Paham kan??

okeh..

- Sekian - 

Tuesday 19 June 2012

Menu Diet #1

Salam Semua

Wah....
pagi tadi ternampak Kak Nurul tengah menikmati breakfast kat meja secara solo.huhuhu...
Kalau tak silap saya..it looks like a Garden Salad..rasanye lah..

So tadaa..kot2 ade yang lalu-lalu tepi Kak Nurul pagi tadi tertelan air liur tengok..esok korang boleh buat pulak..senang gile..memang kenyang la :)

Bahan-Bahan:

Salad
Tomato
Sosej
Ubi Kentang
Mayonnaise

Cara-cara memasak:

Rebus ubi kentang beserta garam sedikit sehingga empuk, potong ikut kesesuaian
Rebus sosej dan potong nipis
Tomato dan Salad potong ikut kesesuaian

Ambil sesudu besar mayonnaise dan gaulkan bahan-bahan tersebut dengan rata.  Mayonnaise jangan lah banyak sangat 

Sebagai finishing perah sedikit limau nipis/lemon

siappp....

Menu simple, mudah dan murah.  Bujang pun boleh buat. Alah Syukor...setakat bubur kacang pun small matter inikan pulak Garden Salad kan??

Bahan-bahan tu kalau nak lagi meriah boleh jugak tambah ala2 Garden Salad kat Pizza Hut tu..kacang kuda, jagung, buah epal, ext ext ext...:)



- Sekian -

Percentage Per Day

Salam Semua

Paling penting sebelum start diet

ambik ni..



Kita kena semua di atas ni.  Supaya kita tak keliru.


Monday 18 June 2012

Peserta Baru..wahh..tak nak kalah..:)

Salam Semua

Ni la ha...
Boss pun nak join 



Fendi..sekilo je lebih dari kite...

68.7 kg :)

- Sekian - 



Jom Timbang

Salam Semua

Seperti yang kita semua tau, semalam berlangsungnya sesi timbang menimbang lemak-lemak tepu yang dah lama disimpan tu kan..

ecewah semua seronok kan bab tengok berat orang..sampai kat berat sendiri tak nak mengaku pulak.  Tak pe..relax..baru nak mula ni..lepas ni jom fight for the sake of your health..:)


Steady Kamal..tahan nafas....

  
Seronok korang kan ambik gambar dengan penimbang..:)

Jeng Jeng Jeng..yang digeruni oleh semua orang..hahaha..
sile jamu mata ye..

tunggu hari ke 50 untuk tengok nombor mana korang akan dapat..:)


okeh..

- Sekian - 

Sunday 17 June 2012

Pelancaran Cabaran Diet 100 Hari

Salam Semua

Seperti yang kite sedia maklum, pagi tadi ada Pelancaran Cabaran Diet 100 Hari.  So, today is the day jom ramai-ramai register dan timbang.

Jangan lupa, borang penyertaan boleh dapatkan dari Kak Nurul, isi borang dan terus timbang kat bilik Cik Sasila.  Bayar tu this month punya gaji pun boleh.  Jangan lambat-lambat sangat.  Yang penting borang penyertaan.

Jom layan some of the picture been taken by Cik Sasila :)



Simbolik : 100 hari bermula hari ini.


Syukor wajib join keh!


Syukor sekali lagi..wajib join!


Warga PN yang separuhnye kembang dan separuhnye kuncup :)


teruje letttewwwww nak start..:)


Kak Nik jangan nak gelak-gelak sangat ekh..hehe;)


Okeh..InsyaAllah..cukup je info untuk update saye akan update.:)


-Sekian-

Friday 15 June 2012

Cabaran Diet 100 Hari

Salam Semua

Ringkas tentang Cabaran Diet 100 Hari

Cabaran akan bermula pada 18 Jun 2012(Isnin)
Berat peserta akan ditimbang pada jam 1.00 tengah hari (lunch hour) 
Lokasi : Bilik Cik Sasila

*Siapa malu nak tunjuk berat jangan risau, boleh tutup pintu.  Tapi jangan verangan, petang tu jugak saye akan update berat-berat korang dalam blog ni.  Rilex la...:)

Genap 50 hari 6 Ogos 2012(Isnin)
Berat peserta akan ditimbang semula pada jam 1.00 tengah hari (lunch hour)
Lokasi : Bilik Cik Sasila

*Nasihat yang sama.  
* Esoknya InsyaAllah saya akan update Carta Penurunan semua peserta.  Boleh la kita tengok metabolisma sape yang paling tinggi. HEHEHE...

Genap 100 hari 24 September 2012 (Isnin)
Berat peserta akan ditimbang semula pada jam 1.00 tengah hari (lunch hour)
Lokasi : Bilik Cik Sasila

* Kemenangan akan dikira pada yang paling banyak turun KG, bukan pada siapa yang paling kurus. Jangan ngade-ngade nak pertikaikan kemenangan.

- Sekian -

Di Sebalik Tabir

Salam Semua

Sebelum kita start counting Cabaran..jom kita tengok Di Sebalik Tabir Carta Countdown kita.




Thanks to John jugak sebab curah idea dan of course make it happen


Mintak maap Kak Nora...saya tak bermaksud nak jadi mamarazzi...


Busy hari ni Kak Nora dari pagi..eh tak..dari semalam lagi dah bertungkus lumus siapkan Countdown Chart.


Separuh siap


just to inform - sape2 yang tak nampak, tak perasan atau tak punch card hari ni..ahha...Poster Cabaran dah ditampal.  Baca dan ambil maklum yer...

Terima kasih Kak Nora, John, Kak Nurul sebab banyak tolong.  Dari satu topik yang saja2 dibincangkan di meja bulat..terus je dah nak start countdown.

- Sekian -

Motif??

Salam Semua

Motif utama terciptanya blog ni adalah untuk membantu peserta Cabaran ni dalam menempuhi hari-hari mereka yang bakal berliku-liku lepas ni..HAHAHA

Kita akan kongsikan menu diet sihat, tips-tips kesihatan, artikel kesihatan, update progress peserta,  mungkin jugak kita akan panggil peserta-peserta update entri cerita tentang pemakanan harian mereka sepanjang cabaran ni. Buat interview sket.  orait?

Rilex la..dah baca ni jangan nak tarik diri pulak.  Duit penyertaan tu jangan lupa bayar.  Sporting sket okeh.  Kalau yang bukan peserta pun kalau ada yang nak up apa-apa entri berupa pesanan atau nasihat kat peserta pun boleh jugak.  Just mintak permission pada BETIZAINI.  Then saya akan tolong aturkan. Okeh?

Jom support ramai-ramai.  Mintak maaf ye, blog ni bukan blog official, santai-santai je.  Jadi bahasanye pun ala kadar je.  

- Sekian - 

Are You Ready??


Salam Semua,

Dah ready ke untuk start Cabaran Diet 100 Hari??
To make it clear..Cabaran ni diwujudkan bukan bermaksud untuk mengkelaskan size2 kita semua.  Just for fun.  Paling penting bila ada je cabaran ni, at least kita yang teringin untuk mengecilkan size badan ni semua rasa bersemangat untuk sama-sama kecilkan badan.  

Ingat!!!!

Gemuk tak bermakna Sakit, Kurus tak bermakna Sihat.  

Cabaran ni jugak bukannye nak paksa korang jadi sampai macam pesakit Aneroxia tu tau.  Bagi saya, cukuplah sekadar badan kita sihat dan selesa dengan tubuh badan sendiri.

Dan paling penting sekali...kita semua dapat pakai balik baju time zaman-zaman bujang dulu...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

-sekian-