Wednesday 12 September 2012

10 CARA MENINGKATKAN METABOLISME BADAN

Okay..

kalau metabolisme rendah, diet cemane pun, msti lambat je berat tu nak turun kan?kalau metabolisme tinggi, makan banyak pun, boleh turun lagi berat even tak exercise mane.

Macam saya, 1 tahun sebelum ni, checkup doc, metabolisme sangat2 rendah, bila makan lambat hadam, bila lambat hadam, lambat la proses2 yang berikutnye, bila proses2 yg 'lain' tu tergendala, dok memerap dalam badan 2,3 hari terus berat badan dengan cepatnye naik.  Sape ada masalah macam tu??

Sumber ni dipetik dari online magazine - Eternity by Media Glam Sdn Bhd.

10 cara meningkatkan metabolisme badan

1. BINA OTOT
2. TINGKATKAN JENIS SENAMAN ANDA
3. MINUMAN TEH HIJAU
4. BANYAKKAN MINUM AIR
5. MINUM MINUMAN YANG BERAIS
6. MAKAN DENGAN LEBIH KERAP KUANTITI SIKIT
7. PEDASKAN MAKANAN ANDA
8. TINGGIKAN PROTEIN DALAM MAKANAN
9. MINUM KOPI HITAM
10 ELAKKAN DIET YANG MELAMPAU

GUD LUCK!!!

Tuesday 11 September 2012

Dah ready?

Korang semua dah sedia??

Jom start Counting....

12 HARI LAGI!!!!!

Wednesday 8 August 2012

How To Lose Belly Fat Quickly


Cara terbaik untuk mendapatkan perut yang kempis atau nak elakkan perut buncit adalah dengan mengambil kira jenis makanan yang diambil dan jenis senaman yang dilakukan.

What food should you always avoid and which type of exercise that really works??

* Certain foods such as soy protein, "diet" drinks and others can actually increase your stomach fat.
* Exercises like crunches and sit ups actually do NOT flatten your stomach effectively.
* It's best to do your stomach exercises at the end of your cardio workout because the stomach muscles stabilize your back and you could pre-exhaust them if you do your stomach exercises first.


p/s : bilenye nak ada masa utk bersenam ni??:(

Monday 30 July 2012

6 Hari Lagi

Salam

Korang!!!!!!!!(jerit ni)

Next week je ni..next week je..

Ingat

ade lagi 06 hari lagi untuk kte ditimbang..haha..

weekend ni pulun jangan tak pulun..


Sunday 22 July 2012

Salam Ramadhan



Salam..
wahh..bestnyer dapat melalui cabaran diet dalam bulan Ramadhan..maknenye kite ade extra 30days yang boleh bantu kte capai target kg yg kite nak kan?hehe

So di samping mempertingkatkan amalan, sambil menyelam minum air, sambil kite berpuasa dan beribadat, sambil tu kite berdiet dengan sehat.  Ingat..make sure jangan terbongkang lepas berbuka tau...:)gi buat exercise - ~~Solat Tarawikh~~kompom ape yg korang makan sebelum tu cepat proses.  Siape2 yang mungkin tak berkesempatan nak Tarawikh tu ingat jangan terus lepak2 lepas makan, petua utk hindarkan makanan korang selesa di satu tempat lepas makan adalah dengan segera melakukan aktiviti lain yang melibatkan pergerakan fizikal cth:

  • Lepas makan cpt2 kemas meja, cuci pinggan - jangan tangguh2 sebab nak tunggu Slot drama kol 7-8mlm tu abes ye.
  • Lepas cuci pinggan terus g amik wudhu' Solat Maghrib pulak
Okeh..setakat Maghrib je la yg saya bagi, lain2 tu reka sendri.  Inisiatif sendri la kalau nak success ye.  InsyaAllah mudah-mudahan:)

Petua ni sy dapat dari rakan blogger :) 

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

## Mesti sahur ##
-Ketika nak makan nasi, bacalah apa yang sepatutnya dibaca sebagai seorang muslim.
-Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.
Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
-Baca lagi, makan lagi.

(Ada 3 gumpal nasi, jadi 3 kali lah kita kena baca surah Al Ikhlas)
-Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
-Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji.
-Sebelum makan kurma tu, bacakan selawat 1 kali dan baru makan buah kurma.
-Baca lagi selawat dan makan kurma lagi sampai habis.

(Ada 7 biji kurma, jadi kena baca 7 kali selawat)
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

- Sekian -

Tuesday 10 July 2012

Atkins Diet

Okey..lama tak up any entri.
Hasil dari googlelan dan penyelidikan..cewah

Nak cerita panjang pasal Atkins Diet ni memang tak reti la sebab panjang berjela2.  Siapa-siapa yang berkeinginan nak tau lebih lanjut pasal diet ni sile lah rujuk ke blog ni Atkins Diet okeh.  Boleh jugak google. Pandai2 korang la kan.

Pendek cerita Atkins Diet ni kte kena diet karbohidrat.  Maknenye pengambilan karbohidrat per day korang kena sukat habis-habisan dalam tempoh tertentu.

Atkins Diet ni terbahagi kepada 4 peringkat:

1. Induction(permulaan dan pengenalan) = 2minggu atau lebih mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing weigt Loss = Penyusutan berat berterusan
3. Pre maintenance
4. Lifetime Maintenance

* Induction sekurang-kurangnya 2 minggu.  itu kalau setakat nak kurang 2-3kg boleh la.  Kalau banyak nak turun, lame la induction ok?  maknenye lebih lame induction, lebih bagus la resultnya

Apa yang berlaku masa induction?

Berlakunya proses KETOSIS.  Badan menukar daripada menggunakan karbohidrat sebagai tenaga kepada menggunakan lemak sebagai tenaga.  Waktu ni memang biasa kalau korang rasa lapar sebab ini adalah perubahan daripada pemakanan tak senonoh yang korang buat.  Tapi ingat, dalam Diet Atkins ni kalori tak dikire.  Jadi makanlah seekor ayam sehari pun kalau suka dan banyak duit..hehehehe

Dalam tempoh induction = 20 gram karbohidrat je dibenarkan dalam sehari.

Biasanya penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketika induction.  Lagi cantik kesannye bile dalam tempoh induction turut disertakan dengan exercise ringan.  Lagi la cepat proses pembakaran lemak tu kan.  kalau korang sekat makan je pastu baring 24jam sebab tak larat tak makan tak jadi jugak.  Jadi sakit ade lah..hehe

Dalam tempoh Induction :

1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksam, spaghetti, fettucini, vermicelli, kueytiaw, oat dan sejenis dgnnye.
2. Elakkan roti, roti berserat, roti bun, rotiboy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan sejenis dgnnye
3. Elakkan gula pasir, gula melaka, gula merah, madu dan apa2 yang bergula tinggi.
4. Elakkan buah-buahan
5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas
6. Elak snek twisties, biskus manis, popcorn, jeruk
7. Elak segala bentuk kacang
8. Elakkan makanan berproses spt kentang, bebola, sosej, nugget, daging bege
9. Elakkan makanan bertepung spt kek, biskut dan kuih muih.

*******************************************************************************

Boleh Makan:

1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, goreng tanpa tepung, maknenye ayam kfc tu pun boleh tp jgn makan tepung.
2.Semua jenis ikan - sama macam ayam tak kisah mcm mane pun korang nak masak
3. Semua jenis daging asalkan halal
4. Udang - Elakkan Sotong sebab ianya berkabohidrat tinggi
5. Sayur - biasanya yang kurang karbohidrat ni sayur kaler hijau. semangkuk je maksimum sehari
6. Cheese Slice - hadkan 2-3 keping sehari
7. Air kosong/mineral - lebih 8gelas sehari

Jangan lupa makan sarapan, tengah hari dan malam.  makan sebelum jam 9 malam.

JANGAN PONTENG MAKAN!!

Contoh menu breakfast
1) Telur rebus - 1biji 
2) Chicken slice - 2hingga3 keping
3) Air suam - 1hingga 2 gelas
4) Keju - 2 keping

Makan Tengah hari/malam

1) Ikan panggang - 1hingga2keping
2) Sup ayam - 1 mangkuk
3) Ayam goreng - 1hingga2ketul
4) Sayur hijau - 1mangkuk
5) Telur Goreng - 1hingga2biji

InsyaAllah try diet ni selama 2minggu, hasil yg mendadak akan kelihatan. cewah.

perhatian : diet ni dilarang keras utk orang yg mengandung dan jugak yang tengah menyusu anak sebab ape aje lah yg anak korang dapat nanti ye tak.  Sebab tujuan diet ni utk kuruskan korang, bukan kuruskan anak korang. okeh.

Okehla..
Banyak dari entri ni saye ambil dari blog yg saye bagi link kat atas.

Semuanya utk tujuan perkongsian.  

Untuk sape2 yg berminat utk cube diet ni cube la.  Sape yang teringin boleh pasang niat dlu.  ermm..saye pulak??hehe..masih dalam pertimbangan..mcm tak sanggup je nak lepaskan cik lasagna nyam nyam dgn segala adik beradik cheese..hehe..tapi tu la..haihhh..

okehla...



Tuesday 3 July 2012

Being Healthy!!





Jangan fikir kita berdiet (ikat perut taknak makan makan buah je nanti gemok) jangan......

Cuba fikirkan yang ini semua memang gaya hidup kita..gaya pemakanan kita.  InsyaAllah:)